Rabu, 7 Januari 2009

Penglibatan & Pencapaian 2008


Sepanjang tahun 2008...ditempuhi dengan pelbagai cabaran! Suka duka untuk mencapai kecemerlangan dalam aktiviti pembelajaran, undangan persembahan, hubungan bersama rakan seni, pertandingan. Detik yang indah ini pastinya mengimbau kenangan anda semua...anak didik ku!


Produksi teater kelas daripada pelajar Tingkatan 2 telah diadakan pada waktu malamnya. Di samping wajah-wajah ceria di bawah ini merupakan kenangan pelajar-pelajar yang terlibat dalam World Harvest Festival 2008 di Kampung Budaya Sarawak.

Asyik dengan bersolek! Wah, nak pergi ke mana? Itulah gelagat pelajar-pelajar mempersiapkan diri untuk suatu-suatu produksi di sekolah mahu pun membuat persembahan undangan daripada jemputan luar.




En. Abg. Abdillah, jurulatih teater yang turut serta bersama pelajar-pelajar menjayakan Dramatari Panglima Kulow - Bung Bratak sempena World Harvest Festival 2008 di Kampung Budaya Sarawak.




Bercanda di sekolah? Ini merupakan sebahagian persembahan Lagu Rakyat yang mendapat perhatian masyarakat di sekitar Kuching khasnya tahun lepas. Aksi yang mencuit hati para pelakonnya sudah cukup menggamat suasana apatah lagi dengan lagu yang dinyanyikan.









Pak Tam...demikianlah gelaran yang mendapat perhatian daripada pelajar-pelajar semasa mereka menonton persembahan teater mingguan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuching.



Wajah ceria di bawah ini pula merupakan pelajar-pelajar yang mengikuti persembahan Asian Dialogue.