Ahad, 19 Julai 2009

Bengkel Makyung Bersama Istana Budaya - Mei 2009


Aksi Peran Tua dan Peran Muda bersama jin dalam
showcase Makyung : Indera Dewa Dewa Indera.


Aksi Indera Dewa dengan Peran Tua.


Adegan Indera Dewa dan Dewa Indera bersama peran masing-masing.


Kumpulan pelajar Sekolah Seni Kuching yang terlibat
dalam persembahan showcase Makyung : Indera Dewa Dewa Indera.


Sesi latihan menghadap Rebab beramai-ramai .


En. Rosnan Abd. Rahman menunjuk cara yang betul dalam tari menghadap Rebab.


Sesi latihan semasa Bengkel Makyung.


Persembahan sambutan oleh pelajar Sekolah Seni Kuching kepada rombongan Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Kumpulan Seri Nilam, Istana Budaya.

Ketibaan rombongan Kumpulan Seri Nilam, Istana Budaya
di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Donde...donde....

Makyung merupakan satu kebudayaan seni tari tradisional yang masih lagi digemari oleh orang ramai dan kini makyung dipersembahkan dalam bentuk taridra iaitu gabungan di antara tarian dan drama untuk pertunjukan di peringkat antarabangsa. Dalam persembahan Makyung , unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja diselitkan.

Dengan inisiatif Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia serta kerjasama Istana Budaya, Sekolah Seni Kuching telah diberi mandat untuk menyelaraskan Bengkel dan Showcase Makyung yang telah berlangsung pada 25-29 Mei 2009 yang lalu. Persembahan Apresiasi Makyung bersama Kumpulan Seri Nilam, Istana Budaya telah berjaya dilaksanakan di Auditorium P. Ramlee, RTM Kuching.

Bengkel Asas Penulisan Kreatif 2009

Sesi ceramah daripada En. Zakaria Ariffin, Pensyarah Kanan di Fakulti Penulisan ASWARA.

En. Zakaria Ariffin, Pensyarah Kanan dari Fakulti Penulisan ASWARA.

Sesi LDK selepas menulis naskhah masing-masing.

Adik Inkka dan Jul Nasharuddin membentangkan naskhah lakon mereka.

Peserta Sekolah Seni Kuching dalam Bengkel Asas Penulisan Kreatif anjuran ASWARA dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sarawak.


Emmmm letih dan lesu dengan kehidupan asrama di sekolah? Jom...sekali sekala kita keluar dan menginap di tempat lain...

Itulah ceritanya...walaupun anak didik Sekolah Seni Kuching sibuk dengan pelbagai aktiviti namun hujung minggu ini, seramai 21 orang pelajar Tingkatan Dua berpeluang untuk mengikuti Bengkel Asas Penulisan Kreatif anjuran Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sarawak dan Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak yang diadakan di Kolej Multimedia, Samariang, Kuching selama 3 hari 2 malam yang bermula 17-19 Julai 2009.

Walaupun hanya melibatkan pelajar Sekolah Seni Kuching, namun komitmen, minat serta usaha yang ditunjukkan amat dibanggakan oleh tenaga fasilitatornya, En. Zakaria Ariffin, Pensyarah Kanan, Fakulti Penulisan ASWARA, Kuala Lumpur.

Sepanjang bengkel, anak didik ini didedahkan pelbagai slot dalam bidang penulisan. Antaranya dalam genre Cerpen, Drama Radio dan Drama Pentas. Selain slot Pengenalan Fakulti Penulisan dan Kerjaya dalam Penulisan.