Sabtu, 29 November 2008

Sesi Persekolahan 2009...











Bangun! Bangun! Perkara rutin yang akan bermula setelah masuk sesi persekolahan...apatah lagi berada di asrama. Pastinya kekawan akan mengejutkan teman-teman sebilik yang liat hendak jaga dari tidur yang lena semalam...

Tahun ini pastinya warga pelajar Sekolah Seni Kuching (SSK) gembira dengan adanya perubahan asrama yang dinaiktaraf. Walaupun bukan lagi bersama teman sebilik tahun lepas namun sebagai hadiah pertama daripada pihak pengurusan sekolah, cadar dan selimut yang seragam disediakan.

Saban pagi dua tugas utama yang perlu diberi kira oleh mereka. Pertama turun ke kelas Kesenian dan kelas Akademik. Tahun ini, buat kali pertamanya pelajar Tingkatan 3 akan berada pada sesi pagi semasa kelas Akademik dan aktiviti kelas Kesenian diadakan di sebelah petangnya. Begitulah sebaliknya bagi Tingkatan 1 dan 2.

Bukan itu saja, penampilan diri semasa menghadiri kelas juga turut berwajah baru. Pelajar SSK turun bergaya dengan sepatu hitam mereka. Semuanya nampak kemas...

Sama-samalah kita merealisasikan hasrat dan harapan yang disandarkan pada diri tahun ini...