Rabu, 18 November 2009

Cuti Sekolah 2009


CUTI SEKOLAH...2009

Wahai anak didik Sekolah Seni Kuching...

Selamat menghabiskan masa cuti dengan bermanfaat. Jaga diri dan juga sentiasa ceria di samping keluarga tersayang...

Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan... Salam cuti sekolah buat semua...


marchiez_ma

Minggu Alam Sekitar Malaysia - Peringkat Kebangsaan 2009







PLANET INI MEMERLUKAN ANDA! BERSATU MENANGANI PERUBAHAN IKLIM...

Pada penghujung Oktober yang lalu, sekumpulan pelajar Sekolah Seni Kuching telah diundang untuk mempersembahkan Sketsa Alam Sekitar sempena Minggu Alam Sekitar Malaysia yang telah diadakan di Borneo Convention Centre Kuching yang telah dirasmikan oleh YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Bin Mahmud, Ketua Menteri Sarawak.

Tema kali ini mempelawa individu memberi penumpuan kepada pengurangan impak hasil kegiatan manusia terhadap iklim global.


Khamis, 5 November 2009

Anugerah Permata Seni Kenyalang 2





















Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia buat semua...

Tahun ini akan melakar satu lagi sejarah buat anak-anak permata seni di Bumi Kenyalang kerana untuk sekian kalinya, Majlis Anugerah Permata Seni Kenyalang kali ke-2 akan diadakan di Auditorium Tun Ahmad Zaidi Adruce, IPGM Batu Lintang, Kuching pada 5 November 2009 jam 2 petang.

Majlis ini diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar sepanjang usaha dan sumbangan mereka kepada pencapaian kecemerlangan
akademik dan kegemilangan seni di samping sahsiah diri serta proaktif dalam kokurikulum.

Saksikan sedikit raptai yang diadakan di sekolah pada minggu ini.

Isnin, 28 September 2009

Penilaian Menengah Rendah 2009 !!!


Sudah bersedia? Debaran kian kencang terasa di dada? Detik-detik semakin hampir ke penghujungnya. Tarikh keramat PMR akan menjelang tiba pada 7 Oktober 2009 nanti. Kepada pelajar-pelajar Tingkatan Tiga yang bakal menduduki PMR, semoga berjaya dan sukses...Yakin Boleh!

Jumaat, 7 Ogos 2009

Satu hari bersama Filem Negara Malaysia...

Edwhollenccs Janisol, Magdeline Molly, Melissa Zulgomon,
Emanual Adrian dan Norman Jacklon menjayakan
penggambaran bersama Filem Negara Malaysia, Cawangan Sarawak.

Panorama indah di sekitar lokasi penggambaran.
Kedengaran aliran sungai yang mengasyikkan.

Selesai penggambaran, semua mengambil kesempatan untuk bermain di Sungai Buan, Bau.

Magdeline Molly bersama Melissa Zulgomon selepas selesai penggambaran.

Norman Jacklon, Edhwollenclls Janisol dan Emanual Adrian - Tiga budak nakal dalam teater.

Sekitar di lokasi penggambaran.


Filem Negara Malaysia datang ke sekolah? Pastinya mereka mencari pelakon... hati berdebar menanti jawapan daripada pihak pengurusan. Selepas selesai perbincangan, pelajar-pelajar melengkapkan praktikum mereka di Filem Negara Malaysia, Cawangan Sarawak telah memohon untuk bekerjasama membuat satu penggambaran klip kemerdekaan sebagai hasil produksi klip pendek mereka.
Justeru,
bidang Teater sekali lagi memilih lima orang pelajar yang berbakat dalam membantu menjayakan penggambaran yang telah dijalankan di Kampung Sg. Buan, Bau, Kuching. Walaupun klip hanya memakan masa 30 saat sahaja namun proses penggambaran sebuah klip amatlah lama. Namun penat lelah tetap sabar ditempuhi. Panorama indah di sekitar lokasi penggambaran amat mengasyikkan pandangan mata. Akhirnya proses rakaman selesai dalam 7.oo malam.


'1 WAJAH SENI' 2009

Produksi '1 WAJAH SENI' PMR 2009.

Adik Hidayu Patoni melagukan bayan Sarawak sebagai epilog persembahan
Produksi '1 Wajah Seni'.


Kelihatan Tetamu Kehormat majlis Produksi '1 Wajah Seni' yakni Y. Bhg Datu Dr. Adi Badiozaman Tuah bersama Timbalan Pengarah, Lembaga Peperiksaan Malaysia, Tn Hj. S. Mada Bin Mansor.

Y. Bhg. Datu Dr. Adi Badiozaman Tuah berjabat tangan dengan
pelajar setelah tamatnya Produksi '1 Wajah Seni'.


Aksi Lysias Laing, Syaliana Jemat dan Madau Rarak dalam salah satu adegan.

Syafaat Zainal Abidin melakonkan watak sebagai Sultan dan Siti Nurfaizleen sebagai permaisuri dalam persembahan produksi ini. Manakala Farthin Zafirah menjadi puteri mereka.

Aksi Siti Hamidah Haris yang memegang watak Ketua Dayang yang mudah melatah.

Adegan puteri bersama dayang-dayang di taman.

Madau Rarak menjelaskan sesuatu kepada peran DiRaja, lakonan Lysias Laing
sambil diperhatikan oleh watak-watak yang lain.


'1 WAJAH SENI' demikian gagasan Produksi PMR yang dipilih oleh pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Seni Kuching dalam melengkapkan tugasan Pendidikan Kesenian PMR 2009 mereka. '1 WAJAH SENI' memaparkan simfoni, potret gerak tari dan aksi dalam persembahannya... ungkapan seumpamanya juga telah dijadikan sebahagian lirik lagu tema Produksi Kesenian PMR 2009. Lagu tema tersebut merupakan hasil ciptaan adik Arterika Jelending Ak. Achong...

Produksi yang mengujakan hasil persembahan pelajar Tingkatan Tiga ini telah diadakan dengan jayanya di Auditorium Tun Ahmad Zaidi Adruce (TAZA), Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak pada 25 Julai 2009 jam 8.00 malam yang lalu.

Sketsa Alam Kuching 2009

Empat orang Ketua kumpulan Sketsa Alam Kucing merakamkan
gambar kemenangan mereka bersama tetamu kehormat.

Gambar kenang-kenangan kumpulan Catszone yang menang mendapat Johan.

Aksi lakonan kumpulan The Catzone.

Aksi Cats_Girl dalam Sketsa Alam Kucing.

Kumpulan Cats_Girl sebelum beraksi.

Kumpulan Blackcats memberi pose istimewa sebelum beraksi.

'Kucing-kucing' yang tidak bertuan...

Meow... meow... meow...
Kucing mana, kucing siapa yang tengah mengiau tu? Baik ku cari...entah-entah kucing yang kehilangan ibunya. Haa... rupanya kucing-kucing dalam Sketsa Alam Kucing sempena Cats Go To School yang merupakan pelajar-pelajar Sekolah Seni Kuching... Dalam pertandingan Sketsa Alam Kucing 2009, pelajar-pelajar Sekolah Seni Kuching telah berjaya menggondol Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Saguhati... Hebat!