Sabtu, 25 April 2009

Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya 2009...

Adik Madau menerima hadiah kemenangan daripada Pegawai Pelajaran Daerah Bau.
Barisan pasukan Sketsa Kerjaya Sekolah Seni Kuching pada 2009.


Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya merupakan acara tahunan yang dinantikan oleh kebanyakan sekolah untuk mempamerkan bakat lakonan dan kemahiran mereka dalam salah satu acara iatu Sketsa Kerjaya.

Tahun lepas, Sekolah Seni Kuching berjaya merangkul Naib Johan melalui sketsa kerjaya yang mengisahkan perusahaan Batik tempatan. Tahun ini, dengan berbekalkan semangat yang kental dan penuh percaya, anak-anak seni yang berjuang dalam dunia teater telah memberi komitmen yang tinggi dalam latihan. Mempersiapkan diri untuk bersaing...
Akhirnya...Sekolah Seni Kuching telah berjaya meraih kemenangan dengan dinobatkan sebagai JOHAN bagi Sketsa Kerjaya. Acara peringkat negeri nanti bakal diadakan di Sarikei pada 12-14 Mei 2009 nanti.
Tunggu kemunculan kami dalam karnival itu nanti... Untuk anak didik ku yang dikasihi...BREAK A LEG!

WORLD HARVEST FESTIVAL 2009

Suasana pada malam showcase Dramatari Simpang Impang II
sempena World Harvest Festival 2009.


Pelajar Sekolah Seni yang memegang watak burung-burung berterbangan
semasa Simpang Impang II - World Harvest Festival 2009.

Kenang-kenangan barisan pelakon yang beraksi
dalam Simpang Impang II - World Harvest Festival 2009.


Sebahagian aksi pelajar Sekolah Seni sebelum persembahan bermula.

ooo... Haa...!
Acara tahunan yang disambut meriah sempena Pesta Menuai Sedunia kembali lagi...di Kampung Budaya Sarawak...2009. Bersempena dengan World Harvest Festival ini, sekali lagi anak-anak Sekolah Seni Kuching dijemput untuk menjayakan lagi persembahan dramatari. Untuk tahun ini, dramatari yang berjudul "Simpang Impang II" akan dipersembahkan kepada umum yang dijadualkan diadakan pada 23 Mei 2009.
Bagi meneruskan usaha bersama rakan seni yang lain, seramai 40 orang pelajar akan terlibat dalam persembahan dramatari itu nanti. Justeru, sama-sama menyaksikan pilihan foto yang dirakamkan sepanjang latihan dan malam persembahan dramatari ini.