Edwhollenccs Janisol, Magdeline Molly, Melissa Zulgomon,
Emanual Adrian dan Norman Jacklon menjayakan
penggambaran bersama Filem Negara Malaysia, Cawangan Sarawak.
Selesai penggambaran, semua mengambil kesempatan untuk bermain di Sungai Buan, Bau.
Magdeline Molly bersama Melissa Zulgomon selepas selesai penggambaran.
Norman Jacklon, Edhwollenclls Janisol dan Emanual Adrian - Tiga budak nakal dalam teater.
Sekitar di lokasi penggambaran.
Filem Negara Malaysia datang ke sekolah? Pastinya mereka mencari pelakon... hati berdebar menanti jawapan daripada pihak pengurusan. Selepas selesai perbincangan, pelajar-pelajar melengkapkan praktikum mereka di Filem Negara Malaysia, Cawangan Sarawak telah memohon untuk bekerjasama membuat satu penggambaran klip kemerdekaan sebagai hasil produksi klip pendek mereka.
Justeru, bidang Teater sekali lagi memilih lima orang pelajar yang berbakat dalam membantu menjayakan penggambaran yang telah dijalankan di Kampung Sg. Buan, Bau, Kuching. Walaupun klip hanya memakan masa 30 saat sahaja namun proses penggambaran sebuah klip amatlah lama. Namun penat lelah tetap sabar ditempuhi. Panorama indah di sekitar lokasi penggambaran amat mengasyikkan pandangan mata. Akhirnya proses rakaman selesai dalam 7.oo malam.